NasionalpilihanPolitik

Cabaran peniaga berubah setiap hari, perlu turun dengar masalah mereka – Tengku Zafrul

Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak memandang ringan masalah yang sering dihadapi para peniaga.

Bagi Tengku Zafrul, bertemu dengan para peniaga menjadi satu rutin yang cukup penting kerana dari situlah wakil rakyat akan mendapat segala informasi secara langsung.

“Untuk peniaga, cabarannya berubah-ubah setiap hari. Kadang-kadang isu lesen, birokrasi, penjualan, dan macam-macam lagi.

“Masalah-masalah informal pun banyak seperti kebersihan dan gangguan makhluk perosak serta haiwan liar. Jadi, penting untuk saya turun dan dengar,” ujar Tengku Zafrul.


Bagi Tengku Zafrul, beliau perlu menghayati keluhan para peniaga dengan tujuan setiap masalah yang dihadapi para peniaga di Parlimen itu dapat diselesaikan.

“Kerana mereka juga #KeluargaKS, yang menetap dan mempunyai keluarga di sini. Jika kita tak jaga periuk nasi mereka, komuniti perniagaan akan mengecil dan ekonomi tempatan akan merudum.

Ini sudah tentu tidak baik untuk komuniti yang sedang membangun seperti Kuala Selangor,” kongsi Tengku Zafrul yang juga merupakan calon nombor satu di Parlimen itu.

(Visited 23 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button