Nasional

Filem Mat Kilau layak terima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Media Islam?

FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ternyata berdiri pada kelasnya yang tersendiri apabila berjaya memberikan impak secara nasional.

Bukan sahaja rakyat biasa terkesan malah golongan berpangkat dalam kerajaan turut merasakan perkara yang sama dengan pelbagai emosi.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berpendapat filem Mat Kilau boleh menjadi contoh yang baik dalam industri.

“Filem Mat Kilau menjadi fenomena hari ini sehingga berjaya membuat kutipan lebih RM20 juta dalam tempoh seminggu.

“Bangga dan kagum dengan sambutan filem Mat Kilau, saya merasakan filem Mat Kilau ini boleh menjadi contoh dalam industri,” katanya.

Idris berkata demikian dalam Facebooknya selain turut mengundang pasukan Studio Kembara serta penerbit Mat Kilau ke pejabatnya.

“Filem Mat Kilau adalah hasil kerja dan usaha gigih mereka bersama. Ia juga menjadi amal jariah kepada penerbit, pengarah filem, pelakon serta krew produksi dan seluruh yang terlibat.

“Filem Mat Kilau membangkit semangat dan jati diri Islam selain disajikan unsur nasihat, ikatan ukhuwah yang kuat, semuanya terangkum di dalam cerita ini. Ia membawa mesej dakwah kepada masyarakat,” katanya.

Dalam masa sama, Idris merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mat Dali, pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof serta seluruh pelakon dan warga produksi.

“Saya juga ingin memaklumkan Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama akan menganjurkan Majlis Anugerah Media Islam pada Januari 2023. JAKIM telah diberikan amanah untuk menjadi sekretariat Anugerah ini.

“Anugerah yang akan mengiktiraf karya-karya kreatif berunsurkan Islam.  Teruskan berkarya. Saya sentiasa doakan perjuangan kalian semua. Siiru ‘ala barakatillah,” katanya.

(Visited 666 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button