BeritaNasional

Empat disiasat, disyaki sebar berita palsu Coronavirus

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini telah mengenal pasti empat individu untuk membantu siasatan penyebaran berita palsu berkaitan Novel coronavirus (2019-nCov) di negara ini.

Dalam masa sama, kedua-dua pihak terus memberi amaran akan bertindak tegas ke atas sesiapa sahaja yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita tidak sahih mengenai virus berbahaya itu.

“PDRM dan SKMM mengambil serius perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam seterusnya menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.

“Pemantauan PDRM dan SKMM mendapati media sosial dan pesanan dalam talian telah menjadi satuplatform utama bagi penularan berita palsu mengenai Novel coronavirus.

“Penyebar berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Pendakwaan turut boleh dibuat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM)1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” kata kenyataan bersama PDRM dan SKMM itu.

Orang awam digesa supaya menyemak terlebih dahulu maklumat atau
berita mengenai Novel coronavirus sebelum mempercayai atau menyebarkannya terutama maklumat yang dikeluarkan oleh pihak selain daripada Kementerian Kesihatan.

Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh merujuk sumber rasmi kementerian di laman web www.moh.gov.my atau badan kesihatan antarabangsa (https://www.who.int/).

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button