Nasionalpilihan

Kerajaan setuju wujudkan Gender Focal Point dan Gender Focal Team – PM

Kerajaan bersetuju mewujudkan Gender Focal Point dan Gender Focal Team di setiap kementerian dan agensi sebagai usaha mengarus perdana gender dalam setiap perancangan, pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan.

Dalam masa sama, kadar enrolmen wanita dalam peringkat pendidikan sama ada rendah, menengah atau tertiari adalah tinggi, tetapi bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh, penglibatan wanita adalah rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar penyertaan tenaga buruh wanita di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan wanita di Asia Tenggara iaitu 55.5 peratus pada 2021.

“Negara berdepan cabaran utama apabila populasi perempuan pada tahun 2020 adalah 47.7 peratus iaitu hampir separuh daripada populasi Malaysia.

“Sedangkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita pada tahun 2021 adalah 55.5 peratus sahaja,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan Sambutan Hari Wanita Ke-60.


Sambutan Hari Wanita Ke-60 merupakan adalah sebuah program anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) dan diadakan di Dewan Perdana FELDA.

Ujar Perdana Menteri lagi, jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Singapura atau Thailand, mereka berjaya mencapai sebanyak 69.7 peratus dan 66.8 peratus.

“Kadar enrolmen wanita dalam semua peringkat pendidikan sama ada rendah, menengah atau tertiari adalah tinggi, tetapi, bagi aspek kadar penyertaan dalam pasaran buruh, penglibatan wanita adalah rendah.

“Sehubungan itu, pada Mesyuarat Majlis Sosial Negara, kerajaan bersetuju mewujudkan Gender Focal Point dan Gender Focal Team di setiap kementerian dan agensi,” katanya.

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button