Nasional

Kolej Awang Had Salleh UPSI laksana pelbagai program pupuk semangat patriotisme

Sempena ulang tahun kemerdekaan tanah air ke-65 dan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan, Kolej Awang Had Salleh ( KAHS), Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) menjayakan pelbagai program menarik bagi memupuk semangat patriotism dalam kalangan mahasiswa diploma yang menghuni kolej berkenaan.

Mohd Fadhil bersama pemenang pertandingan bola jaring.

Antaranya KAHS menjayakan Explore Merdeka, Jelajah Merdeka, Futsal Merdeka, Pakaian Merdeka, Banner Merdeka, Aerobik Merdeka serta program Pertandingan Replika Kebanggaan Malaysia.

Pasukan yang memenangi acara Futsal Merdeka menerima hadiah daripada Mohd Fadhil.

Pengetua KAHS, Dr Mohd Fadhil Abdullah berkata program Pertandingan Replika Kebanggaan Malaysia yang diadakan di Dewan Kolej Awang Had Salleh (KHAR) umpamanya menarik perhatian pelajar kerana memberi peluang kepada mereka melahirkan idea-idea Kreatif.

Peserta Pertandingan Replika Kebanggaan Malaysia tekun mencipta bangunan dari bahan kitar semula.

“Selain itu, ia dapat menguji kesabaran peserta untuk membina sesuatu bangunan di Malaysia dengan menggunakan bahan kitar semula seperti kotak polystyrene, kotak, botol, sarang telur, dan tin.

Peserta Pertandingan Replika Kebanggaan Malaysia gembira menyiapkan rekaan mereka.

Beliau berkata seramai 45 peserta yang membabitkan lima kumpulan menyertai pertandingan.


Antara rekaan yang berjaya dibina.

Menerusi pertandingan itu, katanya, mereka dapat memupuk semangat mengenang jasa dalam sejarah pembinaan bangunan di Malaysia.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin mengucapkan tahniah kepada KAHS yang menjayakan program bertujuan membina semangat patriotisme berkenaan.

Prof Dr Norkhalid Salimin.

“Semangat patriotisme perlu senantiasa wujud pada sanubari mahasiswa agar segala yang dilakukan sepanjang pengajian memberi impak kepada pencapaian diri masing-masing dan turut mengharumkan nama universiti,” katanya.

(Visited 149 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button