Hiburan

Janna Nick buat tuntutan fitnah terhadap dirinya untuk dapatkan pampasan

PELAKON, Janna Nick membuat permohonan maaf susulan isunya memuat naik nama Lisa Blackpig dalam satu status di akaun media sosialnya.

Menurut Janna, laporan polis yang dibuat terhadap akaun media sosial yang didakwa memfitnah dirinya itu kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Kita dah ambil tindakan serius dan perkara ini masih lagi dalam siasatan polis. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang memulakan provokasi dan fitnah.

“Saya terpaksa ambil tindakan serius ada perkara tular yang melibatkan kematian dan saya tidak akan permainkan isu kematian.

“Tak mungkin perkara itu datang dari mulut saya. Sebab itu saya dituduh tak hormat kematian orang bukan Islam. Itu bukan saya,” katanya dalam katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Ben Syazmin dari Tetuan Tan Norizan & Associates.

Menurut Janna, dia juga menerima banyak kecaman termasuk ugutan bunuh hingga dia terpaksa mengambil tindakan untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, berkenaan berkenaan isu dakwaan menghina penyanyi K-Pop, Lisa Blackpink dengan gelaran Lisa Blackpig, Janna turut membuat permohonan maaf terbuka.

“Saya sebagai pengarah dan produser telefeilem Delen ambil tanggungjawab untuk mohon maaf kepada semua yang terasa hati,” katanya.

Dalam pada itu, Janna turut memberitahu yang kontroversi yang melandanya kini memang menganggu kerjaya seninya.

Tambahnya, disebabkan itu dia membuat tuntutan pampasan kerana isu tersebut telah menjadi besar hingga menjejaskan pendapatannya. -SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button