Hiburan

Aktor Bollywood Samir Sharma bunuh diri

Mayatnya ditemukan tergantung di kipas siling

SEBULAN lalu, aktor Bollywood Samir Sharma pernah menulis tentang masalah kesihatan mental. Dalam penulisannya turut disentuh ialah masalah bipolar, tekanan (depression) dan schizophrenia.

Samir turut mengajukan soalan, apakah anda tahu dan faham bagaimanakah perasaan ini atau anda tidak memahami. Melainkan anda melaluinya sendiri. Dan sesiapa yang tidak pernah melaluinya, tidak akan faham bagaimana rasanya.

“Apakah anda faham maksud mengambil nyawa sendiri? Tidak perlu membayangkannya. Sebenarnya cubaan untuk melakukannya (bunuh diri), sumpah anda akan terkencing dalam seluar. Lelaki yang mencabut nyawanya sendiri, bukanlah jalan yang mudah seperti mana yang anda semua sangka atau fikir,” tulis Samir lagi.

Malam tadi, penjaga bangunan yang membuat pemeriksaan menemukan mayat Samir, 44, tergantung di kipas siling dapur rumahnya di Barat Malad, Mumbai, India.

Begitulah pengakhiran kehidupan Samir yang pernah membintangi filem berjudul “Hasee Toh Phasee” selain rancangan televisyen popular, “Kahani Ghar Ghar Ki” dan “Woh Rehne Wali Mehlon Ki”.

Laporan polis menyebut, Samir yang telah berpisah dengan isterinya, tinggal sendirian dan tidak meninggalkan sebarang nota catatan (suicidal note).

“Nampaknya ini adalah kes bunuh diri. Kami syak dia sudah meninggal dunia sejak dua hari yang lalu,” kata Inspektor Kanan, George Fernandes kepada portal The Times of India.

Berdasarkan maklumat, kematian Samir didaftarkan sebagai kemalangan namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Ini merupakan kes bunuh diri keempat di Bollywood dalam tempoh lima bulan selepas pelakon Sushant Singh Rajput, Manmeet Grewal dan Preksha Mehta bertindak membunuh diri.

Ia sekaligus membawa tumpuan terhadap isu kesihatan mental. Pakar kesihatan mental menyatakan ia mungkin berpunca daripada situasi semasa ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

Ini termasuk tekanan kewangan, kekurangan pilihan pekerjaan, perubahan besar dalam gaya hidup dan kesunyian ditambah dengan ketakutan untuk menghadapi masa depan. – SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button