Hiburan

Pernah dituduh malas, peminat wujudkan #ApologizeToJennie

KETIKA ini sedang ‘trending’ di laman Twitter berkenaan satu tanda pagar iaitu #ApologizeToJennie yang diwujudkan khusus buat seorang daripada anggota Blackpink, Jennie.

Kontroversi yang berkait dengan persembahan Jennie di atas pentas itu bermula pada 2018 ketika penyanyi itu membuat persembahan bersama anggota kumpulan lain.

Jennie dituduh tidak memberi komitmen penuh semasa membuat persembahan dan hanya menari ala kadar sahaja.

Selepas kontroversi itu, Jennie terus menerima kata-kata negatif daripada peminat dan ramai juga peminat yang meminta penjelasan berkenaan tuduhan tersebut.

Namun, agensi kepada Blackpink iaitu YG Entertainment juga tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan dengan tuduhan itu.

BACA> Blackpink pilih berduet dengan Selena Gomez

Sehinggalah Jennie sendiri meminta maaf pada hari jadinya berkenaan dengan isu tersebut tanpa memberi sebarang sebab mengapa perkara itu terjadi.

Namun hari ini seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @notpannchoa mendedahkan yang Jennie sebenarnya mempunyai sakit di bahagian buku lali yang serius.

Menurut Pannchoa, Jennie tercedera di bahagian buku lali kerana latihan tarian yang kerap dan persembahan yang memerlukannya memakai kasut tumit tinggi.

“Kecederaan buku lali boleh berulang semula selepas kali pertama tercedera. Itulah yang dihadapi oleh Jennie.

“Dia sebenarnya memberi komitmen yang penuh dalam persembahan tetapi perlu berhati untuk tidak memastikan buku lalinya tercedera.

BACA> Hina Dewa Hindu, Blackpink sunting semula muzik video

“Disebabkan dia dikatakan malas ketika membuat persembahan bersama ahli-ahli Blackpink yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna Twitter yang lain turut bersimpati dengan apa yang dihadapi oleh Jennie.

Tetapi ada juga yang mempertikaikan mengapa Jennie atau agensinya tidak pernah bercerita mengenai perkara tersebut. -SM

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button