Politik

100 hari pertama kerajaan Perikatan Nasional perlu memperlihatkan impak besar

CABARAN terbesar Perikatan Nasional ialah membina keyakinan rakyat bahawa mereka lebih baik daripada kerajaan Pakatan Harapan.

Justeru, menurut Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 100 hari pertama pentabiran Perikatan Nasional mesti memperlihatkan impak perubahan yang besar kerana rakyat mahu melihat perubahan segera.

“Kita tidak tertakluk kepada manifesto Pakatan Harapan, jadi lebih mudah kita fokuskan terlebih dahulu isu-isu dan penyelesaian yang menjadi keutamaan rakyat dan Perikatan Nasional.

“Rakyat mahu melihat Tabung Haji, FELDA mesti dipulihkan segera. Nasib peneroka, generasi kedua Felda, petani, nelayan, penternak, peruncit dan peniaga kecil wajib diambil kepedulian segera,” kata Ahmad Zahid.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, bantuan-bantuan kepada rakyat untuk menghadapi kos sara hidup yang tinggi mesti diusahakan segera.

Malahan, nasib pelajar-pelajar di universiti awam dan swasta mesti dibela terutama peminjam-peminjam PTPTN.

“Semua pelajar sekolah rendah dan menengah terutamanya daripada keluarga B40 dan M40 jangan ditinggalkan kerana mereka turut terhimpit dan tersepit.

“Menjadi tanggungjawab kita memberikan pembelaan dan keadilan kepada isu arwah Adib dan beberapa isu lain yang melibatkan keadilan dan kemanusiaan,’ kata Ahmad Zahid.

[BACA ARTIKEL] Presiden UMNO beri bayangan tiada dalam senarai Kabinet

Anggota Kabinet Perikatan Nasional akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada pukul 5 petang ini selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Ahmad Zahid berpandangan Perikatan Nasional perlu dipertahan, diperkukuh dan diperkasakan sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 18 Mei ini.

Menurutnya,  tidak ada jalan lain untuk mengekalkan Kerajaan Perikatan Nasional kecuali semua parti gabungan mesti bersatu hati, seia dan senada menolak segala anasir-anasir yang bersifat peribadi dan berkepentingan puak sendiri.

“Ujian di hadapan kita terlalu besar Perikatan Nasional wajib menguasai Parlimen tidak cukup hanya dengan jumlah ahli Parlimen sedia ada.

“Usaha berterusan mestilah dilakukan buang rasa kuat dan selesa dengan angka yang ada. Kita perlu ingat ‘horse trading’ sedang rancak dijalankan oleh pihak lawan.

“Rakyat memerhati, Perikatan Nasional perlu meyakinkan rakyat melalui hala tuju, dasar dan pelaksanaan program Kerajaan yang jelas,” kata Ahmad Zahid.

Perikatan Nasional terdiri daripada Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC, PBRS), PAS, PPBM, GPS (PBB, SUPP, PRS, PBDS) dan Bebas.-SM

 

 

 

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button