Hiburanpilihan

KPWKM sedia bantu anak-anak Siti Sarah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia untuk membantu anak-anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia semalam.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, bantuan terseut adalah daripada segi khidmat kaunseling dan motivasi kepada anak-anak tersebut.

“Insya-Allah kita pun akan memberi sokongan kepada anak-anak ini, bukan sekadar kewangan, bahkan mungkin memerlukan sokongan dari segi emosi, bukan dewasa sahaja bahkan kanak-kanak.

“Mereka ini mungkin agak terkejut, dengan kehilangan ibu dan kita perlu memberi semangat dan dorongan untuk terus melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik

“Saya ucapkan takziah kepada Shuib dan ahli keluarga arwah,” katanya selepas menziarahi keluarga Intan Iewanina di Flat Sri Perantau, di sini hari ini.

Terdahulu, arwah dan suaminya yang juga seorang pelawak, Shuib serta anak-anak mereka disahkan positif Covid-19 sebelum ini.

Bagaimanapun, pada hari mereka sepatutnya menamatkan kuarantin, arwah dibawa ke hospital selepas mengadu kekurangan oksigen.

Arwah kemudian terpaksa ditidurkan dan operasi mengeluarkan bayi selamat dijalankan.

Namun, arwah meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi semalam selepas dikatakan mula kritikal pada hari Jumaat minggu lalu. -SM

(Visited 728 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button