Hiburan

Puteri Sarah mohon semua doakan yang terbaik untuk Neelofa

BEBERAPA bulan yang lalu, kecoh berkenaan konflik rumah tangga di antara pelakon, Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof.

Ketika kisah mereka menjadi bualan netizen, ramai yang memberikan sokongan terhadap Puteri Sarah dan seorang daripadanya ialah Neelofa.

Menurut Puteri Sarah, ketika dia ditimpa ujian sebelum ini, Neelofa antara individu yang menjadi pendengar terbaik buatnya.

“Allah menghantar dia (Neelofa) untuk membantu saya kuat dalam menghadapi dugaan.

“Hanya tuhan yang tahu apa yang dilaluinya sekarang dan begitu juga dengan saya.

“Apa yang kami perlukan sekarang ialah doa dan bersangka baik. Doakan yang baik-baik sahaja buat Neelofa,” katanya.

Puteri Sarah turut memuat naik tangkap layar mesej di antara dia dan Neelofa.

Menerusi tangkap layar itu, Puteri Sarah sempat bertanyakan keadaan terkini Neelofa ketika namanya kini menjadi tumpuan netizen.

Menurut Neelofa, dia menganggap dugaan buat Puteri Sarah jauh lebih rumit berbanding apa yang dihadapinya.

“Alhamdulillah, ini ujian kecil. Saya doakan awak setiap hari. InsyaAllah,” kata Neelofa kepada Puteri Sarah. -SM

(Visited 576 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button