Nasional

Empat penjenayah ditembak mati terlibat dengan 50 kes samun

TERLIBAT dengan 50 kes samun bertopeng sejak awal tahun lalu.

Kegiatan jenayah yang dilakukan empat lelaki itu akhirnya berakhir selepas kesemuanya ditembak mati ketika melarikan diri di Sungai Buloh, tengah hari tadi.

Difahamkan, kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an itu baru terlibat dengan kes samun di Taman Pelangi, Rawang sebelum itu.

Polis bagaimanapun berjaya mengesan kenderaan suspek yang cuba melarikan diri sehingga ke Jalan Kuala Selangor.

Kereta yang dinaiki suspek juga telah melanggar seorang penunggang motosikal wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya terpaksa melepaskan tembakan selepas seorang daripada suspek cuba menyerang dengan menggunakan parang.

“Tembakan juga terpaksa dilepaskan untuk menyelamatkan penghantar makanan yang telah dirempuh.

“Semakan mendapati dua daripada suspek juga mempunyai rekod dikehendaki polis kerana lari daripada perintah sekatan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya kini sedang mengesan saki baki ahli kumpulan yang masih bebas. -SM

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button