fbpx
Nasional

COVID-19: Kebajikan rakyat Malaysia dibawa pulang dari Itali, Iran dibawah KWK

MENGGALAS tanggujawab berisiko namum itulah yang harus dilakukan oleh Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) apabila menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun mengarahkan pihak kementerian menguruskan hal ehwal kebajikan rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang dari Itali.

Tindakan membawa pulang rakyat negara ini bukan sahaja dari Itali tetapi juga dari Iran susulan penularan wabak COVID-19.

Memetik laporan ASTRO Awani, kata Rina, peranan yang akan diambil melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuklah menyediakan keperluan asas.

“Pihak JKM akan menyediakan makan, minum, pakaian, peralatan harian dan keperluan lain serta mendaftar dan mengemas kini maklumat mereka yang menjalani pengawasan.

“JKM juga akan menyelaras sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan, syarikat korporat dan individu mengikut keperluan serta menguruskan aduan berkaitan keperluan,” katanya.


Katanya lagi, mereka yang dibawa pulang dari dua negara tersebut juga akan disediakan perkhidmatan kaunseling jika diperlukan, kepada keluarga.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan dalam proses membawa pulang 65 rakyat Malaysia yang berada di Iran dan 323 di Itali berikutan situasi penularan COVID-19 yang semakin teruk di kedua-dua negara berkenaan.

Berbalik kepada kenyataan Rina semalam, beliau berkata, JKM akan menyediakan petugas yang mencukupi termasuk pasukan dalam misi pengawasan rakyat Malaysia dari Wuhan sebelum ini bagi membantu urusan dan keperluan harian mereka yang bakal dibawa pulang selama tempoh kuarantin.

“Dalam hal ini, KWK sangat prihatin terhadap kebajikan mereka dan berhasrat memberikan insentif khas kepada petugas ini sebagai apresiasi kementerian terhadap sumbangan serta komitmen yang padu kepada negara,” kata Rina.

Pada masa sama, beliau berkata, kementerian itu amat mengambil berat mengenai kesihatan dan kesejahteraan penghuni di 70 institusi.

Mereka terdiri daripada 38 institusi bagi kanak-kanak, 12 institusi bagi menempatkan warga emas, 10 bagi orang kurang upaya (OKU), lima bagi orang papa dan lima lagi bagi mangsa pemerdagangan orang.

KWK, kata Rina, telah mengambil langkah-langkah pencegahan dengan membekalkan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut di semua institusi terbabit selain memberikan khidmat nasihat berkaitan penularan wabak COVID-19. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button