BeritaNasionalPolitik

Salahuddin lawan taukeh, Ka Siong terkejut

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong terkejut apabila Menteri Pertanian Datuk Seri Salahuddin Ayub bertindak melawan taukeh apabila bertindak `overrule’ sokongan Perdana Menteri berhubung tender bernilai RM1.4 bilion.

Beliau tidak sangka keputusan yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibatalkan setelah Salahuddin menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri berkenaan.

“Akan tetapi, pada hari ini Menteri MENGAKU bahawa beliau ada menulis surat kepada Perdana Menteri bertarikh 7 November 2019 dan Perdana Menteri telah BERSETUJU untuk memberi tender kepada NAFAS secara RUNDINGAN TERUS!,” katanya.

“Ini sekaligus mengesahkan apa yang saya dedahkan di Dewan Rakyat terbukti benar. Sia-sia saja beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan mempertikaikan dakwaan saya.

“Mana nak letak muka Timbalan Menteri selepas pengakuan Menteri ini? Jelas disebut di Dewan Rakyat, Sim Tze Tzin MENAFIKAN campurtangan di dalam urusan tender baja dan kerja pengapuran yang berjumlah RM1.4billion!

“Kan awal-awal lagi saya nasihatkan Sim Tze Tzin, tapi dia tak mahu dengar. Sekarang, pasti ternganga mulutnya!” katanya.

Salahuddin akui beliau menulis surat kepada perdana menteri mengesyorkan tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion diberi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Beliau berkata tidak salah menulis surat sokongan itu kerana tender itu belum diputuskan.

Salahuddin berkata, akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada 920,000 ahli Nafas dan bukan untuk perkayakan dirinya.

“Ya, saya menulis surat kepada PM kerana ia tanggungjawab saya. Tender itu belum diputuskan. Sesiapa sahaja boleh jumpa saya apabila tender dibuka; orang ramai boleh mengambil bahagian.

“Tidak apa selagi ia tidak dimuktamadkan. Ia salah apabila keputusan tender sudah dimuktamadkan dan surat siap terima (SST) sudah diberi kepada pembina yang menang.

“Sebenarnya, mereka yang buat dakwaan itu tahu apa yang katakan ini. Mereka hanya bikin isu di Parlimen,” katanya.

Salahuddin berkata Nafas bukan syarikat swasta atau kontraktor tetapi badan yang ditadbir kementeriannya.

“Nafas mengambil bahagian dalam tender terbuka itu. Sebagai seorang menteri, saya tidak terlibat dalam semua perkara berhubung tender.”

Beliau juga menafikan tender awal dibatalkan untuk beri laluan kepada Nafas, dan tuntut bukti menyatakan sebaliknya.

Salahuddin menepis perkara itu suatu skandal, mengatakan tiada wang masuk ke akaunnya, isterinya, timbalannya dan sebagainya.

“Tetapi jika Nafas dapat perjanjian ini, ia akan masuk ke dalam sebuah persatuan yang dikendalikan langsung oleh kementerian, untuk kebajikan petani di seluruh negara,” katanya.

Semalam, Presiden MCA, Wee Ka Siong mempersoalkan pemberian projek pembekalan input pertanian sektor padi kepada Nafas, yang melibatkan peruntukan RM1.4 bilion, mendakwa ia diberi secara rundingan terus walaupun tewas dalam persaingan tender terbuka.

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button