MahkamahNasional

Kes Najib 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram

SUSULAN kematian Ketua Pendakwa Raya, mendiang Gopal Sri Ram semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Ini berikutan permintaan pihak pendakwaan bagi membolehkan pasukan itu menghadiri upacara pengebumian Sri Ram yang akan diadakan esok, Selasa.

“Kami mahu menghadiri upacara pengebumian dan pembakaran mayat esok di Nirvana 2. Dia adalah ketua pasukan kami dan seperti bapa kepada kami,” Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika perbicaraan bermula pagi ini.

Sri Ram dilantik sebagai Pendakwa Raya ad hoc dalam perbicaraan 1MDB dihadapi Najib serta perbicaraan kes laporan audit 1MDB dihadapi Arul Kanda Kandasamy.Ads by

Akram meminta kes itu disambung semula pada Khamis memandangkan Rabu adalah cuti umum sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Beliau turut memaklumkan mahkamah bahawa pendakwa raya perlu “membincangkan dan mengagihkan semula skop tugasnya berikutan kematian mengejut Sri Ram”.

Peguam Tan Sri Shafee Abdullah menyampaikan takziah kepada pendakwa raya daripada barisan peguam Najib berhubung pemergian Sri Ram.

Beliau juga memberitahu mahkamah pihak pembelaan dijangka menyelesaikan pemeriksaan balas terhadap bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu menjelang akhir minggu ini.

Yu dipanggil ke kandang saksi sejak 13 Oktober 2022.

Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berhubung dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014. – FMT – SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button