Ekonomi

Dr. Mohammad Hanis CEO baharu Bank Rakyat

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pelantikan Dr. Mohammad Hanis Osman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat berkuat kuasa pada 1 Julai 2022.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pelantikan tersebut adalah berdasarkan pengalaman beliau selama lebih 26 tahun dalam sektor perbankan dan kewangan Islam yang mana beliau telah memegang pelbagai peranan dalam bidang perbendaharaan dan pelaburan, perbankan runcit serta perbankan perniagaan.

“Menerusi kepimpinan beliau, prestasi Bank Rakyat dilihat akan terus kukuh dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Pada masa yang sama Bank Rakyat dapat mengekalkan kedudukannya sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar berkata, Lembaga Pengarah mengalu-alukan pelantikan Dr. Mohammad Hanis sebagai CEO baharu berikutan prestasi yang ditunjukkan beliau ketika menggalas tugas sebagai Pemangku CEO sejak 1 April 2022 lalu.

“Menerusi pengalaman luasnya, beliau akan dapat menerajui Bank Rakyat dalam fasa pertumbuhan seterusnya berteraskan rangka tindakan pelan strategik BR25 (Bank Rakyat 2025) seperti digitalisasi, kelestarian, kepimpinan Syariah dan pengalaman terbaik pelanggan,” tambah Datuk Haji Abd Rani.


Dr. Mohammad Hanis yang telah berkhidmat lebih 12 tahun di Bank Rakyat merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ekonomi) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Islam Antarabangsa serta Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan dari University of East London, United Kingdom. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat perkukuh agenda budaya berintegriti dalam organisasi

(Visited 100 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button