JenayahNasional

Suspek tolak kekasih dari tingkat 32 positif dadah jenis kanabis

TULAR di media sosial X, dipercayai  seorang lelaki tergamak menolak kekasihnya dari tingkat 23 di Setia Alam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, kejadian tersebut berlaku sekitar 10.03 malam. 

“Saksi, dia terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek serta melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh di kondominium tersebut

“Pada Rabu pukul 10.10 malam, tangkapan telah dibuat ke atas suspek di tempat kejadian.

Suspek lelaki tempatan, berumur 37 , bekerja sebagai pemandu lori tahun disahkan positif dadah jenis Canabis dan mempunyai 7 rekod jenayah, 1 rekod dadah.

Mangsa pula berusia 32 tahun merupakan warga Thailand.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan akan membawa hukuman mati atau pemenjaraan bagi satu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button