KesihatanNasional

97 kes Covid-19 hasil saringan pra-Dewan Rakyat

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sejumlah 97 kes COVID-19 telah dikesan iaitu 56 kes telah dikenalpasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan lapan (8) kes kontak rapat; 25 kes telah dikenalpasti berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat [18 kes dikesan dengan tujuh (7) kontak rapat, di mana satu (1) kes telah meninggal dunia] dan lapan kes saringan Pra-Dewan Negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan medianya hari ini, terkini terdapat penambahan lima (5) lagi kes yang berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat menjadikan jumlahnya adalah 30 kes.

Daripada 30 kes ini, dua (2) kes melibatkan Ahli Parlimen, sembilan (9) kes terdiri daripada pengiring, sembilan (9) kes pegawai agensi kerajaan, tujuh (7) kes lain-lain iaitu ahli keluarga, dua (2) kes kontraktor dan satu (1) kes daripada kakitangan parlimen, katanya.

“Untuk makluman, lima (5) kes baharu tersebut telah dimaklumkan pada 13 Ogos 2021 yang melibatkan lima sekeluarga, di mana kes pertama bergejala adalah individu yang menghadiri sidang Parlimen tersebut.

“Tiga (3) kes mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR antara 16.98 sehingga 22.76 (kebolehjangkitan yang tinggi), manakala dua (2) lagi adalah di antara 28.98 sehingga 33.98. Kesemua mereka telah lengkap mendapat dua (2) dos vaksin.

“Mereka hanya bergejala ringan dan menjalani kuarantin di kediaman masing-masing. Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes dikesan berkaitan persidangan Parlimen adalah 102 kes termasuk 5 kes baharu,” katanya.

Dimaklumkan juga bahawa KKM bersama pihak Parlimen dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berbincang mengenai beberapa penambahbaikan yang diperlukan sebagai persediaan pembukaan semula Parlimen bagi mengurangkan lagi risiko penularan jangkitan sebelum dan semasa persidangan, ujar beliau.

“Kesiapsiagaan ini terdiri daripada tindakan memastikan individu-individu pelbagai kategori dan dari pelbagai negeri yang hadir ke Parlimen supaya mereka sihat dan tidak dijangkiti COVID-19 pada masa tersebut.

“Dan keduanya, keadaan persekitaran serta bahagian dalaman Parlimen dikaji dan ditambahbaik supaya selamat, kurang risiko dan tidak menjadi tempat penularan COVID-19,” kata Dr. Noor Hisham. – SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button