NasionalNegeri

Dua projek mega menunggu di Perlis jika rakyat sokong kerajaan – Zahidi Zainul Abidin

Dua lagi projek mega bakal dilaksanakan di Perlis jika rakyat memberikan sokongan terhadap kerajaan memerintah sekarang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, dua projek mega baharu ini adalah Hospital Digital Padang Besar dan projek minyak dan gas iaitu “Tank Farm” di Sungai Baru.

GAMBAR IHSAN JABATAN PENERANGAN NEGERI PERLIS.

Beliau berkata, penduduk di Parlimen Padang Besar juga Perlis diminta menyokong Barisan Nasional (BN).

“Projek ini hanya boleh diteruskan jika rakyat memberikan mandat pada kerajaan yang sama pada Pilihanraya Umum (PRU) nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Karnival Merdeka Keluarga [email protected] Besar di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh, Padang Besar hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Siti Berenee Yahaya, ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad, ADUN Santan, Azizan Sulaiman dan ADUN Beseri, Ruzaini Rais.


GAMBAR IHSAN JABATAN PENERANGAN NEGERI PERLIS.

Zahidi berkata, setakat ini sudah ada pelabur berminat untuk projek minyak dan gas bernilai RM4 bilion yang akan dijalankan secara berperingkat.

Katanya, bekalan minyak akan diperoleh dari luar negara seperti Arab dan Russia.

“Kita akan membina “Tank Farm” di Sungai Baru dan saluran paip di Songkhla yang kini dalam rundingan dengan kerajaan Thailand,” katanya.

Zahidi berkata, kerajaan juga meluluskan pembinaan hospital digital pertama di Padang Besar.

Katanya, dengan kaedah pinjaman dari Bank Pembangunan yang telah pun diluluskan ini telah digunakan sebagai strategi baru bagi kelulusan pembinaan hospital.

Beliau berkata, hospital yang menelan belanja RM300 juta ini akan menyediakan 200 katil pesakit. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button