MahkamahNasionalNegeri

YDP PAS Kangar tidak mengaku salah hina kuasa Raja

YANG DiPertua (YDP) PAS Kangar, Ustaz Yussaine Yahya hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kangar atas pertuduhan menghina kuasa Raja Pemerintah dan badan-badan Agama Islam yang lain.

Yussaine, 44, Mudir Ma’had Tahfiz Al-Quran Al Imam An Nanawi (MATIN) di Kampung Abi Padang Machang, Jalan Abi Batas Paip, Kangar, minta dibicarakan setelah faham apabila dibacakan kertas pertuduhan ke atasnya.

Ustaz Yussaine bertemu dengan para penyokongnya di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Kangar hari ini.

Hakim Mohamad Zaidi Abdullah menetapkan 18 Januari tahun depan sebagai tarikh bicara.

Mohamad Zaidi juga membenarkan tertuduh dikenakan wang ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua orang sebagai penjamin.

Wang jaminan telah dibayar.

Sebelum itu Ketua Pendakwa Syarie, Siti Fatimah Ahmad Maulana meminta mahkamah menggenakan wang jaminan RM2,500 ke atas tertuduh dengan dua penjamin di mana salah seorangnya adalah penjawat awam.

Peguambela syarie tertuduh yang diketuai Siti Hajar Ahmad dan dibantu Nur Iman Nur Azmi telah membuat bantahan berhubung salah seorang penjamin mesti penjawat awam kerana ia disifatkan sebagai tidak relevan.

Mengikut kertas pertuduhan bahawa tertuduh pada 30 Mac antara pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam di MATIN telah menganjurkan suatu ceramah agama dengan menjemput Mohamad Wadi Anuar melalui program “Solat Terawih dan & Sembang Santai” sedangkan beliau tidak memiliki tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Di mana menurut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 serta bertentangan dengan Titah Kenyataan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Pemerintah Negeri Perlis mengenai “Pematuhan Terhadap Dasar dan Peraturan Berkaitan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis”.

Oleh itu beliau dituduh melakukan kesalahan Menghina Kuasa Raja Pemerintah dan badan-badan Agama Islam yang lain di bawah Seksyen 38 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali. – SM

BACA “Datuk” palsu: Ustaz Ahmad Husam dibebas jaminan polis

BACA Ustaz didakwa di Mahkamah kerana buat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button