Nasional

Covid: 60 masuk ICU, 5 meninggal, 375 kes baharu

PENULARAN Covid-19 tidak menampakan ianya akan surut dalam masa terdekat apabila jumlah kes baharu terus tinggi iaitu 375 kes menjadikan keseluruhan kes aktif sebanyak 3,703 kes.

Sebanyak 371 kes baharu merupakan jangkitan tempatan manakala 4 kes adalah kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, lebih separuh kes baharu berlaku di Sabah iaitu sebanyak 271 kes manakala kes di hari ini Kedah menunjukan penurunan iaitu 16 kes.

Selangor masih mencatatkan pertambahan kes yang tinggi iaitu 36 kes, Kuala Lumpur (12), Labuan (10) dan Sarawak (8).

Johor, Terengganu dan Perak masing-masing mencatatkan 5 kes baharu, Negeri Sembilan (2) dan Pahang (1).

Jumlah kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi meningkat kepada 60 kes dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak lima kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah mereka yang mahu seramai 146 kes.-SM

 

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button