MahkamahNasional

“Datuk” palsu: Ustaz Ahmad Husam dibebas jaminan polis

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ahmad Husam Muhamad Baderudin dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kangar hari ini dengan jaminan polis dari tuduhan kerana disyaki menipu menggunakan gelaran “Datuk” tidak diiktiraf.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali telah melepaskan Ustaz Husam setelah polis gagal mendapatkan perintah reman ke atas Ahmad Husam, 33 dari Kodiang, Kedah.

Peguambela Nur Iman Nor Azmi berkata, anak guamnya bersedia bila-bila masa jika dipanggil untuk sebarang siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Assisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pada pukul 9 pagi, 2 Mei lalu seorang pengadu semasa berada di kedai makan Jalan Kaki Bukit, Perlis telah terlihat hantaran yang dimuat naik pada 1 Mei lebih kurang pukul 10 malam oleh pemilik akaun Facebpok (FB) Ustaz Datuk Ahmad Husam Baderuddin yang mempunyai seramai 306,000 pengikut.

Katanya, pada hantaran tersebut Ustaz Husam telah menggunakan gelaran dan anugerah “Datuk” pada profil akaun page beliau dan pada paparan poster tertera nama beliau yang menggunakan gelaran “Ustaz Datuk Ahmad Husam”

“Subjek telah menggunakan gelaran disyaki tidak diiktiraf dan sengaja menggunakan gelaran Datuk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Ahmad Husam ditahan pada pukul 1 tengah hari semalam (21 Jun) selepas memberi keterangan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan/ Sek 233 Akta Komunikasi Multimedia / Sek 3(2) Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017. – SM

BACA Polis nafi suspek ugut bunuh artis berkumpulan Radja dibebaskan dengan jaminan RM10,000

(Visited 5,028 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button