fbpx
Nasional

COVID-19: 30 kes baharu dilaporkan, paling rendah sejak PKP

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan kes positif COVID-19 terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac,  dengan 30 kes dilapor sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,383 kes.

36 KES
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Katanya selain itu, 83 pesakit COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 4,567 kes, iaitu 71.55 peratus daripada keseluruhan kes.

“ Daripada 30 kes baharu yang dilaporkan, tiada kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 30 kes, iaitu sebanyak 21 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya hari ini seperti yang dilaporkan BERNAMA.

Katanya terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 106 kes.


“Kes kematian ke-106 (kes ke-830) merupakan lelaki warga  tempatan berumur 47 tahun. Beliau telah dimasukkan ke hospital swasta mulai 15 Mac lepas, kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada keesokannya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Mei (hari ini), pukul 2.10 pagi,” katanya.

Semalam kes baharu positif COVID-19 mencatatkan 55 kes, dengan jumlah kes sembuh pula ialah 71 kes melebihi jumlah kes baharu.

Daripada 55 kes baharu yang dilaporkan semalam, sebanyak tujuh kes adalah kes import.

Ini menunjukkan bahawa, kes penularan tempatan adalah 48 kes, iaitu 24 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak itu adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,

Semalam juga tiada kematian direkodkan menjadikan kes kematian akibat COVID-19 kekal 105 kes.

Dr Noor Hisham berkata seramai 28 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button