NasionalNegeri

Ketua Polis Perlis lancar Taman Angkat AMANITA di Felda Chuping

POLIS Perlis menambah lagi satu Taman Angkat Skuad Aman Wanita (AMANITA) di Felda Chuping, Arau dalam usaha menggalakkan suri rumah menjadi mata dan telinga polis bagi membantu mencegah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.

Ketua Polis, Datuk Surina Saad berkata, sehingga kini terdapat empat Taman Angkat AMANITA di Daerah Kangar, dua (Daerah Arau) dan satu (Daerah Padang Besar).

Surina Saad beramah mesra dengan kaum ibu semasa melancarkan Taman Angkat AMANITA Felda Chuping, Arau. – Gambar Ihsan Polis Perlis

Katanya, Taman Angkat AMANITA bertujuan untuk menggalakkan kaum ibu dan wanita yang sentiasa berada di kawasan kejiranan ini supaya berkerjasama dengan polis bagi melaporkan sebarang kegiatan yang berunsur jenayah.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian Taman Angkat di Dewan Besar, Felda Chuping, Surina berkata, jenayah tidak mungkin berjaya dibanteras sepenuhnya tanpa ada usaha dan kerjasama dari masyarakat setempat.

Katanya, PDRM Perlis telah mengambil satu lagi pendekatan terbaik dalam mencegah jenayah iaitu melalui pengwujudan Taman Angkat Amanita PDRM Perlis.

“Jika dahulu, peranan suri rumah tangga hanya tertumpu kepada kekeluargaan namun pada masa ini, suri rumah tangga turut berperanan membantu pihak polis dalam mencegah jenayah,” katanya.

Surina Saad menyampaikan sijil semasa melancarkan Taman Angkat AMANITA di Felda Chuping, Arau. – Gambar FB Polis Perlis

Sehubungan itu beliau menyeru kaum wanita khususnya suri rumah untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak polis bagi membantu pihak berkuasa mencegah jenayah di kawasan perumahan masing-masing”, ujarnya.

Sempena dengan majlis ini juga diadakan dua ceramah bertajuk “Keganasan Seksual, Apa Tindakan Wanita? oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis dan ceramah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komesil Kontinjen Perlis bertajuk Jenayah Scam “Jangan Mudah Terpedaya”.

Terdapat juga pameran-pameran dari jabatan dalam PDRM sepanjang majlis ini berlangsung, serta pelbagai aktiviti yang diadakan bertujuan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim diantara pihak polis dan masyarakat di sini. – SM

BACA Polis Perlis catat sejarah kawad Kawalan Keselamatan Hari Polis Ke 216 dibarisi wanita

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button