Negeri

Selepas Wilayah, Kedah juga wujudkan negeri bebas berniaga

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanui Md Nor berkata, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah membuat keputusan untuk mewujudkan kawasan bebas berniaga.

Kawan berkenaan khusus kepada para peniaga / penjaja statik atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan di bawah Majlis Perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Majlis Perbandaran Kulim (MPK) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), berkuat kuasa mulai 15 November 2020.

“Kepada sesiapa yang ingin berniaga bolehlah merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada PBT yang terlibat berkenaan lokasi berniaga yang dipilih.

“Peniaga dan penjaja dikehendaki memohon PERMIT PERNIAGAAN SEMENTARA SECARA BULANAN iaitu tidak secara kekal dan akan dikenakan caj sebanyak RM10.00 sahaja sebulan dan boleh membuat pembayaran di PBT yang terlibat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, para peniaga perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Penjaja dan Gerai PBT masing-masing.

Para peniaga, katanya, hendaklah memastikan barang-barang perniagaan tidak ditinggalkan di kawasan tapak berniaga, tempat yang dipilih tersebut hendaklah tidak mengancam keselamatan awam, tidak menggangu lalulintas dan para peniaga perlu bertanggungjawab memastikan kebersihan di tapak perniagaan.

“Saya mohon Kerjasama daripada Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT yang terlibat supaya membuat pemantauan secara berkala dan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan sekeliling berada dalam keadaan selamat dan bersih.

“Jika terdapat sebarang aduan dari masyarakat sekeliling berkenaan tapak perniagaan tersebut, menimbulkan kacau ganggu, mengabaikan kebersihan atau keselamatan, pihak PBT akan mengambil tindakan yang selari dengan peraturan yang berkuatkuasa,” katanya.

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button