NasionalNegeriPolitik

Enam Exco Negeri angkat sumpah di hadapan Raja Perlis

ENAM Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Perlis di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Istiadat pelantikan itu berlangsung di Balai Hijau, Istana Arau di sini pada pukul 3.30 petang ini.

Razali menerima watikah dari Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Arau.. -Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Angkat sumpah dimulakan dengan Muhammad Azmir Azizan (Pas), Fakhrul Anwar Ismail (Pas), Izizam Ibrahim (Bersatu), Megat Hashirat Hassan (Bersatu), Wan Badariah Wan Saad (Pas)
dan Razali Saad (Pas).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu Perikatan Nasinal (PN) menang besar dengan menyapu bersih tiga Parlimen dan 14 dari 15 Dewan Undangan Negeri (DUN ) di Perlis sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri.

Pada Selasa lalu, DUN Sanglang Mohd Shukri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis.

Wan Badariah, exco wanita tunggal menerima watikah daripada Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Arau. -Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Sementara itu, Mohd Shukri akan memegang portfolio Pentadbiran dan Kewangan, Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa, Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Industri, Hal-Ehwal Tanah dan Sumber Asli, Keselamatan dan Ketenteraman Awam dan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru.

Muhammad Azmir pula portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Belia dan Sukan, Pembangunan Sumber Manusia, Penerangan dan Badan Bukan Kerajaan.

Manakala Fakhrul Anwar portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penjaja dan Peniaga Kecil, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil
dan Sederhana.

Izizam pula memegang portfolio Kemudahan dan Prasarana, Pengangkutan,
Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam.

Manakala Megat Hashirat pula diberi tugas portfolio Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Perpaduan Masyarakat dan Kesihatan.

Wan Badariah memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Razali pula bertanggungjawab portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan dan Perusahaan Perladangan Komoditi. – SM

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button