Luar Negara

Kota Malang: Terus hilang kelibat ‘pak polisi’, tak sanggup berdepan #usuttuntas

Siapa sangka insiden kematian 182 mangsa rusuhan di Stadium Kanjuruhan di Malang belum reda amuk dan hampir setiap minggu, warga Malang yang terdiri daripada Aremania terus tampil membuat desakan.

Ketika memasuki kawasan Malang, di pusat bandarnya masih lagi tergantung dengan kain rentang yang tertera perkataan #usuttuntas.

Selain kain rentas, banyak juga dinding bangunan disembur cat dengan perkataan yang serupa serta dilukis mural sedih yang menceritakan peristiwa korban tersebut.

Ahmad Ryzal, 35, yang bekerja sebagai pemandu di situ memberitahu Suara Merdeka sehingga ke hari ini, tiada lagi kelibat polis yang berani menampilkan diri mereka di khalayak umum.


“Warga Malang yang majoritinya terdirinya daripada kelab penyokong bola sepak Aremania masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis yang menyemburkan gas pemedih mata.

“Ekoran tindakan itu, ramai yang mengalami sesak nafas dan masing-masing cuba selamatkan diri namun siapa sangka, ia bertukar tragedi yang sangat menakutkan,” ujar Ahmad.

Ahmad berkata demikian mengenang peristiwa hitam yang menaikkan nama Malang secara tiba-tiba pada 1 Oktober 2022 lalu gara-gara rusuhan bola sepak yang luar biasa.

“Polis di sini sudah tidak berani untuk keluar dan jalankan tugas seperti dahulu kerana biar pun permohonan maaf sudah dibuat, mereka tidak dapat mengembalikan nyawa.

“Jika warga Malang lihat ada mana-mana lelaki berpakaian polis pada waktu ini, habislah.. dia pasti takkan selamat kerana sampai ke hari ini polis seperti mengabaikan #usuttuntas,” katanya. – Suara Merdeka

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button