NasionalNegeri

RHB Islamic Bank sumbang zakat perniagaan RM550,000 kepada MAIPs

RHB Islamic Bank menyalurkan sumbangan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2022 kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM550,000.

Ia merupakan jumlah sumbangan tahunan zakat korporat tertinggi bank berkenaan kepada MAIPs berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan bantuan zakat MAIPs kepada seorang Orang Kurang Upaya (OKU) di di Masjid Al Furqan Kampung Sentua, Kangar.

Pada masa yang sama, dana zakat sebanyak RM165, 729 lagi juga telah diagihkan untuk pembangunan bengkel jahitan di Taman Desa Asnaf, Batu Bertangkup di Chuping dan sebuah bengkel pengusahaan karipap di Kampung Sentua, Utan Aji dekat Kangar.

Penyerahan sumbangan-sumbangan tersebut berkenan disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali kepada CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor di Masjid Al Furqan Kampung Sentua, Kangar.

Adissadikin dalam ucapannya kepada Raja Muda berharap agar kolaborasi bersama antara RHB Islamic Bank dan MAIPs dalam memperkasa ekonomi asnaf dan B40 yang telah terjalin selama beberapa tahun ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang dan dapat memberikan impak positif yang lebih besar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan penyampaian dana zakat RHB Islamic Bank sebanyak RM165,729 oleh Adissadikin kepada Mohd Nazim (kiri) di Masjid Al Furqan Kampung Sentua, Kangar.

Kerjasama ini juga merupakan manifestasi komitmen RHB Islamic Bank dalam merealisasikan visi Bank Negara Malaysia berdasarkan Pelan Sektor Kewangan 2022-2026 dan membantu RHB Islamic Bank menguruskan agihan zakat wakalah secara lebih efisien dan terperinci.

Tambah beliau, RHB Islamic Bank telah bekerjasama dengan pihak MAIPS melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bagi mengoptimumkan potensi dan keberhasilan agihan zakat terutamanya dalam aspek pemerkasaan ekonomi di kalangan komuniti B40’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs menzahirkan ucapan terima kasih kepada RHB Islamic Bank atas sumbangan dan bantuan yang telah disalurkan kepada pihak MAIPs.

Baginda turut berharap agar kerjasama antara dua pihak ini akan berterusan dan lebih banyak lagi program serta inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan khususnya asnaf di negeri ini akan dijalankan pada masa akan datang.

Di program yang sama Raja Muda turut berkenan menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh sebanyak RM98,000 kepada 70 orang asnaf terpilih dari kariah Long Boh dan 70 lagi dari kariah Mengkuang Layar. – SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button