Nasional

Lebih 4 juta rakyat Malaysia lengkap menerima dua dos vaksin

LEBIH empat juta rakyat Malaysia telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Data Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) menunjukkan 4,003,266 atau 12.3 peratus populasi telah mendapat kedua-dua dos vaksin.

Sementara 8,644,292 atau 26.5 peratus populasi Malaysia telah disuntik dengan dos pertama. Sehingga semalam 12,647,558 dos vaksin telah diberikan.

Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan jumlah paling tinggi menerima dos pertama iaitu 3.336 juta (39.6 peratus) dan 1.034 juta (12.3 peratus) telah menerima kedua-dua dos vaksin.


Sarawak turut mencatatkan rekod pemberian vaksin yang tinggi iaitu 1.459 juta (51.8 peratus) populasinya telah disuntik dengan dos pertama dan 714,451 (25.4 peratus) telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Sejumlah 434,828 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 279,938 dos pertama dan 154,890 dos kedua.

Selangor mencatatkan negeri tertinggi pemberian vaksin iaitu 87,284 dos pertama dan 26,862 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur melibatkan pemberian 48,343 dos pertama dan 22,266 dos kedua.

Sarawak turut mencatatkan pemberian dos yang tinggi iaitu 21,484 dos pertama dan 52652 dos kedua.-SM

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 94 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button