fbpx
Nasional

Masjid India, kawasan sekitar dikenakan PKPD

MASJID India di ibu negara dan kawasan-kawasan sekitarnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atas nasihat Menteri Kesihatan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD berkuat kuasa mulai hari ini sehingga28 April2020. Kawasan yang terlibat Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang disekitar Masjid India.

Sementara itu Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan PKPD Batu21 -23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat tamat malam tadi.

“Kecuali bagi Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui, di mana pelaksanaan PKPD dilanjutkan sehingga 28April 2020 kerana masih berlaku jangkitan COVID-19,” kata Ismail Sabri.

Manakala pelaksanaan PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020,berikutan penambahan kes positif COVID-19 dalam kalangan penduduk.


Kerajaan juga memutuskan PKPD ketiga melibatkan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, dan PKPD
keempat di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India turut dilanjutkan sehingga 28 April
2020 kerana peningkatan kes positif dalam kalangan penghuni.

PKPD mula diperkenalkan di dua kawasan Simpang Renggam ekoran peningkatan kes Covid-19 yang luar biasa.

Perintah kawalan tersebut dikenakan terhadap penduduk di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Ini susulan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi di dua kawasan tersebut iaitu 61 kes daripada keseluruhan 83 kes di Daerah Kluang.

Dengan pelaksanaan perintah berkenaan, polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia akan mengawal seluruh kawasan terbabit. Semua laluan keluar dan masuk akan ditutup.

 

-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button