Nasional

PKP 3: Individu langgar arahan akan terus ditahan, dihadap ke mahkamah

PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga menyaksikan tiada lagi kompromi kepada mereka yang melanggar arahan.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiada lagi kompoun dikenakan terhadap mereka. Sebaliknya individ tersebut akan ditahan dan terus dihadapkan ke mahkamah.

Ismail Sabri berkata, sehingga kini PDRM telah menahan1,374 individu kerana ingkar PKP, merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000. Manakala sebanyak 418 individu direman dan 25 individu dijamin polis.

“Semalam juga,sebanyak 427 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 9,090 individu dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sebanyak 4,036,” kata Ismail Sabri.

Manakala bagi penyebaran berita palsu COVID-19, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 217 kertas siasatan. Sebanyak 162 masih dalam siasatan, manakala 23 sudah dituduh dimahkamah dengan 4 telah mengaku salah.

“Saya Ingin memberi peringatan kepada mereka yang telah memuat naik berita palsu dan memadam postingnya
selepas tular, pihak berkuasa tetap akan mengambil tindakan,” kata Ismail Sabri.

Sebelum ini kerajaan mengenakan kompaun serta merta RM1,000 bagi individu yang engkar dan melanggar PKP.

Ini bagi menghukum mereka yang ingkar dengan prosedurnya ialah mereka akan dibawa ke balai-balai polis dan diberikan kompaun dan tawaran kompaun sebanyak RM1,000.

Bayaran kompaun hanya boleh dibuat di pejabat-pejabat Kesihatan Daerah dan balai polis berdekatan dan tempoh  dua minggu diberi untuk membayar kompaun.

Jika masih gagal membayar kompau, mereka akan dihadapkan ke mahkamah.

Namun, walaupun kini sudah masuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan ke – 3 (PKP-3), didapati angka individu degil yang mengingkari penguatkuasaan semakin ramai.

Lima hari lalu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 1,374 individu kerana melanggar perintah tersebut di seluruh negara.

[BACA] COVID-19: Mengapa PKP perlu diteruskan? — Suara Merdeka

Daripada jumlah tersebut, 931 orang dikenakan kompaun sebanyak RM1,000, 418 pula direman sementara baki 25 individu dijamin polis.

Tangkapan itu dibuat selepas PDRM bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat pemeriksaan terhadap 546,553 kenderaan.

Selain itu, sebanyak 49,394 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara melibatkan 6,702 premis.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, bermula esok tiada lagi kompaun, sebaliknya pihak berkuasa akan menahan individu ingkar terus dihadapkan ke mahkamah untuk dituduh. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button