Nasional

Tol percuma sebulan di Lebuhraya SPE sempena pembukaan

Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) yang mula beroperasi tengah malam tidak akan mengenakan tol selama sebulan mulai hari ini, bersempena pembukaannya.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pemberian tol percuma sehingga 11.59 malam pada 2 Disember itu, akan melibatkan Plaza Tol Chan Sow Lin, Plaza Tol Ampang dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menuju ke SPE dan Plaza Tol Setiawangsa (arah selatan dan utara).
“Selepas tempoh itu, pengguna akan membayar kadar tol RM3.50 bagi kenderaan kelas satu (kereta),” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan Lebuhraya SPE, di sini hari ini.
Nanta berkata SPE yang menghubungkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, merupakan projek membabitkan empat seksyen iaitu Kerinchi-Salak (Seksyen 1), Salak-Pandan (Seksyen 2), Pandan-Setiawangsa (Seksyen 3) dan Setiawangsa-Taman Melati (Seksyen 4), melibatkan jarak keseluruhan 20.7 kilometer (km).
Bagaimanapun, sebahagian daripada jajaran lebuh raya berkenaan iaitu Seksyen 4 dengan jarak 4.4km, telah pun dibuka kepada pengguna pada 21 Dis 2021. – SM
(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button