fbpx
Nasional

Pulau Pinang tidak laksana PKP Pemulihan pada 10 Jun

KERAJAAN Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP akan memutuskan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun nanti.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang akan meneliti keputusan serta ketetapan PKPP dan akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas mesyuarat tersebut.

Menurut Kon Yeow, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil maklum akan pelaksanaan Perintah PKPP yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebenar tadi yang akan berkuatkuasa pada 10 Jun ini.

Jelas beliau, strategi yang diumumkan Muhyiddin adalah sejajar dengan usaha bagi mencapai keseimbangan antara kesihatan awam dengan kehidupan rakyat.

“Pembukaan secara berperingkat sektor ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan keagamaan adalah ke arah mencapai normalisasi pasca COVID-19.


“Justeru, pihak Kerajaan Negeri akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang pada hari Rabu, 10 Jun 2020 bagi meneliti keputusan serta ketetapan PKPP dan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas mesyuarat berkaitan,” kata Kon Yeow dalam satu kenyataan hari ini.

BACA  PKP Pemulihan 10 Jun boleh rentas negeri, melancong dalam negara

Muhyiddin hari ini mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun hingga 31 Ogos bagi mengantikan PKP Bersyarat.

Sepanjang PKPP banyak kelongaran akan diberi termasuk perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung kecuali kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

Temasuk dibenarkan adalah pelancongan domestik. Rakyat dibenarkan membawa keluarga melancong dalam negara dengan mengamalkan kebiasaan baharu.

Kronologi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan:

16 Mac: Perdana Menteri mengisytiharkan PKP berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

18 Mac: Fasa 1 PKP mula berkuat kuasa.

25 Mac: Perdana Menteri umum pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April.

1 April 2020: Fasa kedua PKP bermula.

10 April 2020: Perdana Menteri mengumumkan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu dari 15 April hingga 28 April.

15 April: Fasa ketiga PKP bermula.

23 April 2020: Perdana Menteri umum PKP dilanjutkan dari 29 April hingga 12 Mei.

29 April: Fasa keempat PKP bermula.

9 Mei – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilanjutkan selama empat minggu sehingga 9 Jun.

7 Jun – Perdana Menteri umum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dari 10 Jun hingga sehingga 31 Ogos.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button