fbpx
Nasional

PKP Pemulihan: Pub, kelab malam, ragbi, bolasepak masih tidak dibenarkan

KERAJAAN masih tidak membenarkan beberapa aktiviti hiburan dan sukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Antara yang masih dilarang termasuk pembukaan pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refelksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dama jumlah yang ramai.

“Kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga meyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan SOP,” kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam pengumuman khas sebentar tadi.

BACA PKP Pemulihan boleh rentas negeri, melancong dalam negara

Selain itu beberapa jenis sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai di stadium, sukan renang dan kolam renang awam tidak dibenarkan.


Sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki juga tidak dibenarkan.

Kronologi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan:

16 Mac: Perdana Menteri mengisytiharkan PKP berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

18 Mac: Fasa 1 PKP mula berkuat kuasa.

25 Mac: Perdana Menteri umum pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April.

1 April 2020: Fasa kedua PKP bermula.

10 April 2020: Perdana Menteri mengumumkan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu dari 15 April hingga 28 April.

15 April: Fasa ketiga PKP bermula.

23 April 2020: Perdana Menteri umum PKP dilanjutkan dari 29 April hingga 12 Mei.

29 April: Fasa keempat PKP bermula.

9 Mei – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilanjutkan selama empat minggu sehingga 9 Jun.

7 Jun – Perdana Menteri umum perintah kawalan pergerakan pemulihan sehingga 31 Ogos.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button