fbpx
Nasional

PKP Pemulihan: Boleh rentas negeri, melancong dalam negara

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Sepanjang PKPP banyak kelongaran akan diberi termasuk perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung kecuali kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

“Jadi bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian.

“Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke pampung.

“Ingat jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada jangkitan,” pesan Muhyiddin.


Temasuk dibenarkan adalah pelancongan domestik. Rakyat dibenarkan membawa keluarga melancong dalam negara dengan mengamalkan kebiasaan baharu.

Bagaimanapun kerajaan masih tidak membenarkan melancong keluar negara kerana sempadan negara masih ditutup.

Turut dibenarkan termasuk lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan reaksi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bangkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan.

.Pada 10 Jun nanti genap 85 hari rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak ia dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Kronologi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan:

16 Mac: Perdana Menteri mengisytiharkan PKP berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

18 Mac: Fasa 1 PKP mula berkuat kuasa.

25 Mac: Perdana Menteri umum pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April.

1 April 2020: Fasa kedua PKP bermula.

10 April 2020: Perdana Menteri mengumumkan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu dari 15 April hingga 28 April.

15 April: Fasa ketiga PKP bermula.

23 April 2020: Perdana Menteri umum PKP dilanjutkan dari 29 April hingga 12 Mei.

29 April: Fasa keempat PKP bermula.

9 Mei – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilanjutkan selama empat minggu sehingga 9 Jun.

7 Jun – Perdana Menteri umum perintah kawalan pergerakan pemulihan sehingga 31 Ogos.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button