Nasional

1,000 sembuh, 0 kematian, 0 kluster baharu

SEBANYAK 1,000 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 21,248 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

KKM juga mendapat tiada pertambahan kluster dilaporkan menjadikan kluster yang aktif adalah sebanyak 133 dengan 33 kluster mempunyai pertambahan kes.

Sementara itu kes baharu turut mencatatkan penurunan dengan 659 kes baharu dilaporkan dengan hanya 1 kes merupakan kes import.

Ketika ini terhadap 10,051 kes aktif di seluruh negara dengan 83 kes dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan 19 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sabah mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 529 ke. Daripada jumlah itu, 205 adalah dari kluster-kluster sedia ada. 203 kes daripada saringan kontak rapat dan 121 kes adalah daripada lain-lain saringan.

Beaufort telah bertukar kepada zon kuning hari ini selepas mencatatkan kes bawah 41. Secara keseluruhan zon kuning di Sabah kini meningkat kepada 10 daerah termasuk Beaufort.-SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button