Hiburan

Naim Daniel gelar Vivy Yusof ‘Opportunist’

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menyifatkan usahawan kontroversi, Vivy Yusof seorang yang Opportunist kerana mengeluarkan produk pakaian dan barangan aksesori bertemakan Palestin seolah-olah mengambil kesempatan atas penderitaan rakyat itu.

‘’Sama sahaja dengan Israel. Dua-Dua suka ambil kesempatan,’’tulis Naim Daniel.

Tambahnya lagi, penjualan barangan di bawah jenama duCk itu tidak menjaga sensitif konflik yang sedang dialami oleh rakyat Palestin.

Kenyataan dari Naim Daniel

Bagaimanapun pemilik jenama duCk sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan menerusi Instastory miliknya apabila dirinya dikecam hebat oleh netizen.

Menurutnya, syarikatnya sama sekali tidak mengambil keuntungan yang diterima dari koleksi yang terjual sebaliknya disalurkan terus ke organisasi bukan kerajaan iaitu Viva Palestin Malaysia (VPM) bagi membantu bekalan perubatan, tempat pelindungan, pembinaan hospital dan makanan di sana.

Malah permintaan koleksi tersebut dikeluarkan semula selepas mendapat permintaan dari pelanggan yang mahu menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Vivy juga menggalakkan orang ramai untuk menderma terus kepada NGO itu seperti yang dinyatakan.
Pihak VPM juga turut mendedahkan bahawa duCk berjaya mengutip sumbangan sebanyak lebih RM2.3 juta untuk membantu rakyat Palestin.

Artikle Berkaitan :>

Vivy Yusof nafi pertikai langkah kerajaan bantu B40

‘Awek’ Naim Daniel ‘cantik dan seksi’!

FashionValet umum henti operasi, fokus kembangkan jenama dUCk dan LILIT

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button