Hiburan

Penyanyi Datuk Wan Aishah positif Covid-19 kali kedua

KIRA-KIRA lebih dua jam lalu, penyanyi Datuk Wan Aishah Wan Arifin atau Aishah memuat catatan di Facebook beliau.

Ia berkaitan dengan Covid-19 yang melanda dirinya selepas lima bulan, beliau didapati positif Covid-19.

Catat Aishah, “Ketentuan Takdir bukan semuanya mudah dilalui…Hari ini paginya terasa ok sedikit tapi menjelang tengahari, sakit perut yang tak boleh bawak runding dan suhu badan semakin naik. I guess dah sampai masanak makan ubat.

“Tapi kena makan dulu sebelum makan ubat kalau tidak perut akan lebih teruk nanti…tak selera tapi perut lapar pasal hari ini ada diahhrea…Hadoiii tak larat betul.”

Semalam Aishah ada memuatnaik rakaman video beliau positif kali kedua Covid-19.

Walaupun sebak, Aishah reda dan beliau juga perlu tabah dengan dugaan ini. – SM

(Visited 380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button