Hiburan

Pelakon veteran, Abu Bakar Omar meninggal dunia

Pelakon veteran popular, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 9.04 pagi di Hospital Alor Setar, Kedah hari ini.

Pemergian allahyarham dikongsi sendiri oleh anaknya, Zainuddin Abu Bakar menerusi Facebook.

“Dikemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi.

“Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa Ayahanda Kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah,” tulisnya.

Menurutnya, jenazah akan disemadikan dan disolatkan Masjid Al Ghufran di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah selepas Solat Asar.

Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 25 April 1948, Abu Bakar Omar pernah membintangi beberapa filem pecah panggung.

Antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun. -SM

(Visited 706 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button