Hiburan

Biodata Ringkas Aisha Retno Antara Yang Sohor Kini Di Twitter Kerana Big Stage 2022!

Aisha Retno atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam dilahirkan pada 1 Ogos 2000 di Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya.

Mula mencipta nama menerusi lagu popularnya ‘Mengikat Jiwa’, Aisha Retno kini antara yang diangkat sebagai salah seorang peserta Big Stage musim keempat (2022).

Menariknya tentang diri Aisha Retno, beliau mewarisi bidang muzik daripada ibunya yang berwarganegara Indonesia, Jean Retno Aryani yang merupakan bekas penyanyi era 1980-an sezaman dengan Hetty Koes Endang.

Beliau mula menunjukkan minat awal terhadap muzik sejak berusia lima tahun dan sewaktu di bangku sekolah, beliau pernah menyertai pertandingan nyanyian.

Semasa di sekolah rendah, Aisha Retno lebih menjurus kepada genre nasyid dan beliau pernah dinobatkan juara pertandingan Suara Emas sehingga peringkat kebangsaan mewakili Kuala Lumpur semasa Tingkatan 4.

(Visited 3,084 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button