Hiburan

Siti Nurhaliza Tahan Sebak, Aafiyah Mulakan Sesi Persekolahan

SESI persekolahan telah bermula untuk kanak-kanak berusia empat hingga lima tahun dan bagi ibu bapa, inilah masa mereka membuat persiapan yang terbaik.

Begitu juga dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak terlepas dari saat-saat gembira menghantar anaknya, Aafiyah ke sekolah.

Berdasarkan perkongsian menerusi Instagramnya, Siti Nurhaliza menceritakan Aafiyah cukup teruja untuk ke sekolah dan sedia untuk tidur awal.

“Alhamdullillah.. hari ini hari pertama Aafiyah masuk prasekolah. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia.

“Kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun. Bersiap cantik dan siap bergambar lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah,” ujar Siti Nurhaliza.

Penyanyi nombor satu negara itu turut menceritakan tentang detik keterujaan anaknya sewaktu dihantar ke sekolah.

“Sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Ayah dan ibu yang panggil minta salam.

”Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain,” tulis Siti Nurhaliza.

(Visited 622 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button