Hiburan

‘Awek’ Naim Daniel ‘cantik dan seksi’!

SEKADAR hiburan untuk mengisi masa terluang walaupun tidak mendatangkan banyak faedah pun. Inilah yang dilakukan oleh generasi muda hari ini termasuk kalangan artis tanah air.

Memiliki telefon bimbit yang canggih, macam-macam aplikasi yang dimuat naik kerana aplikasi-aplikasi itu tidak mengenakan bayaran. Itulah yang menjadi kegilaan kalangan mereka yang gemar untuk memuat naik aplikasi di telefon bimbit.

Kini laman sosial sekali lagi dibanjiri dengan gambar individu-individu yang disunting berubah jantina menggunakan aplikasi FaceApp semenjak semalam.

Memetik laporan ASTRO GEMPAK, lelaki menjadi perempuan, tidak kurang juga wajah perempuan berubah menjadi lelaki.

Kegilaan ini melanda warganet turut melanda beberapa artis seperti juara program realiti televisyen, Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR), Azmarul.

Tidak terkecuali, pelakon lelaki yang juga penyanyi Naim Daniel yang terjebak dengan trend terbaharu ini dan memuat naik suntingan di lama Instagramnya (IG).

Wajahnya yang agak cantik sebagai wanita mencuri tumpuan ramai, bukan hanya warganet, malah rakan artis turut terhibur dengan gelagat Naim Daniel.

Rata-rata mereka terkejut dengan suntingan tersebut yang dikatakan agak menjadi dan antara artis dan selebriti tanah air yang terkejut dengan suntingan itu  termasuklah Sheila Rusyli, Zara Zya dan Daiyan Trisha (sekadar menyebut beberapa nama). – SM

(Visited 1,357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button