Nasional

CIDB arah dua tapak bina ditutup serta merta

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) mengarahkan dua tapak projek pembinaan di tutup serta-merta kerana kegagalan pihak majikan mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pegerkan (PKP) 3.0.

CIDB dalam satu kenyataan berkata, dua tapak tersebut terletak di Bintulu, Sarawak dan Seremban, Negeri Sembilan.

Kes di Seremban melibatkan projek pembinaan dua unit kilang industri ringan berkembar setingkat dan pejabat dua.

Dalam Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0, CIDB Negeri Sembilan mendapati syarikat terbabit tidak patuh terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan.

“Ini seperti rumah penginapan pekerja yang disediakan tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan tiada pasukan kecemasan COVID-19 di tapak bina,” jelas CIDB.

Di Bintulu, CIDB Negeri Sarawak telah mengarahkan sebuah syarikat memberhetikan projek pembinaan bangunan 16 unit kuarters tambahan.

Katanya, tindakan diambil kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan.

Sehingga kini sebanyak 161 tapak pembinaan diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu.

Arahan penutupan dibuat berikutan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, sebanyak 2,955 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 573 (19%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 2,382 (81%) tidak beroperasi.

Daripada 573 tapak yang beroperasi didapati 161 tapak pembinaan (28%) tidak mematuhi SOP, manakala 412 (72%) tapak lagi mematuhi SOP.

Kesemua 161 tapak pembinaan tidak mematuhi SOP berkenaan telah diarah tutup serta merta.

Sebanyak 49 tapak binaan yang ditutup terletak di Sarawak, Selangor (31), Melaka (14), Sabah (11), Pulau Pinang (10), Johor (9), Perak (7), Terengganu (6), Pahang (6), Negeri Sembilan (6), Kuala Lumpur (5), Kedah (3), Perlis (3) dan Kelantan (2).

Bagaimanapun, 24 daripada tapak pembinaan yang diarah tutup telah pun dibenarkan dibuka semula, selepas mereka mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu enam di Selangor, Melaka (6), Terengganu (4), Johor (2), Kuala Lumpur (1), Sarawak (4) dan Kedah (1).-SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button