Nasional

PM zahir ucapan takziah atas pemergian Adibah Noor

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian artis serba boleh, Adibah Noor, 52 yang pulang ke rahmatullah petang semalam.

TANGKAP layar ucapan takziah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pemergian Allahyarhamah Adibah Noor.

Ucapan takziah itu dibuat oleh Perdana Menteri menerusi posting beliau di laman sosial Twitter.

“Penggiat seni tanah air Adibah Noor Mohamed Omar telah pergi menghadap Ilahi malam tadi.

‘Penyanyi lagu ‘Terlalu Istimewa” itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian tetapi menyerlah dalam pengacaraan.

“Takziah kepada kelaurga Allahyarhamah dan didoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Adibah Noor,” kata Perdana Menteri. – SM

Artikel berkaitan > Al-Fatihah: Penyanyi Adibah Noor Meninggal Dunia!

(Visited 835 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button