fbpx
Hiburan

Tak Dapat Raya lagu raya trending nombor dua di YouTube

Duet artis berkumpulan Floor 88 - Baby Shima menjadi lagi

SEKALUNG tahniah buat penyanyi Baby Shima dan artis berkumpulan, Floor 88 apabila lagu duet mereka trending nombor dua di platform digital YouTube.

Kolaborasi Baby Shima dan Floor 88 memang menjadi dan kali ini, menerusi lagu berjudul Tak Dapat Raya, ia mencapai tahap yang membanggakan.

Walaupun ramai yang kecewa dengan arahan tak boleh pulang ke kampung dengan merentas negeri dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekurang-kurangnya mendengar lagu Tak Dapat Raya, terhibur hati yang lara.

Sejak 23 Mei lalu, lagu duet ini menjadi trending dalam talian dengan tontonannya mencecah jutaan.


Kolaborasi Floor 88 yang dianggotai Ayie, Falique, Eric, Fuzi, Achoi, Akram dan Amir amat serasi dengan Baby Shima.

Sekurang-kurangnya lagu Tak Dapat Raya menghiburkan peminat dan warganet walau pun dalam keadaan PKPB2.0. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button