Ekonomi

Rangka kerja MADANI akan memacu pertumbuhan ekonomi-Samenta

RANGKA kerja MADANI dilihat akan memacu ekonomi dan pertumbuhan yang lebih besar termasuk bagi para pemain dalam PKS, kata Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng.

Ng berkata, pasaran tidak bersemangat sejak berakhirnya pandemik Covid-19 yang melanda negara dan rangka kerja baharu itu diyakini akan menyediakan hala tuju yang amat diperlukan untuk ekonomi Malaysia berkembang.

GAMBAR CARIAN GOOGLE – GAMBAR HIASAN

“Kami telah lama mengatakan bahawa cabaran terbesar bagi PKS adalah margin yang rendah akibat produktiviti yang ketinggalan dan bukan aliran tunai yang lemah atau kekurangan peluang perniagaan.

“Kerajaan betul dalam usaha membetulkan ketidakpadanan buruh dan meningkatkan gaji sambil mewajibkan peningkatan kemahiran dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, apabila produktiviti bertambah baik maka perniagaan akan dapat mencipta lebih banyak peluang dan bayaran yang lebih baik dan semua orang akan berada dalam kedudukan menang atau win situation.

Katanya, tambahan RM100 juta untuk pendigitalan, RM20 juta untuk pembangunan pasaran dan program pembangunan syarikat peringkat pertengahan serta RM400 juta dalam pembiayaan mikro tambahan amat berguna kerana Samenta menggalakkan PKS ke arah mendigitalkan dan sekali gus, mengurangkan pergantungan kepada pekerja dan globalisasi.

Menurut Ng dalam kenyataan yang sama, PKS berhati-hati dengan model gaji progresif yang dirancang.

“Kami bersetuju bahawa gaji terlalu rendah dan mesti disemak tetapi ini tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.

“Ia mesti disertakan dengan peningkatan dalam produktiviti dan margin keuntungan.“Kebanyakan sebab untuk pembayaran gaji adalah bersifat struktur budaya pembelajaran yang merosot.

“Ini mencakupi sebab ketidakpadanan umum dalam keluaran pendidikan dan keperluan industri selain daripada tenaga kerja yang berubah serta persaingan sengit serantau.

“Ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya memaksa perniagaan atau majikan membayar lebih,” jelas beliau.

Ng juga berkata, negara perlu beralih daripada naratif “Buatan Malaysia” kepada paradigma “Diinovasi-di-Malaysia”.

Ng memberi ulasan demikian sejajar dengan apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Antara intipati ucapan Perdana Menteri Anuwar ialah usaha kerajaan perpaduan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi utama pelaburan di dunia.

Bercakap pada pelancaran wawasannya untuk ekonomi Madani baharu, Anwar berkata, adalah penting negara ini memperkenalkan pembaharuan untuk menjadikan Malaysia antara 12 ekonominya teratas dunia dari segi daya saing dan kemudahan menjalankan perniagaan. – SM

BACA Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat penstrukturan semula ekonomi negara

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button