Ekonomi

Pekerja Melayu Tempatan Tidak Minat Dengan Sektor F&B Kerana Low Class?

Seorang pengusaha restoran Warung Simple, Wan Arief Ramli berkongsi ragam pekerjanya yang merupakan anak-anak Melayu berwarganegara tempatan kurang berdisiplin ketika memiliki pekerjaan.

Pada Ahad lalu, 12 Jun 2022, beliau menyatakan seramai empat orang pekerjanya tidak datang ke tempat kerja sekali gus menyebabkan rakan sekerja yang lain tidak menang tangan melayan pelanggan.

“Empat orang pekerja tak datang, pekerja tempatan. Dua tutup telefon, satu kantoi pergi ride (menunggang motorsikal secara konvoi) dan satu tipu motorsikal rosak tetapi tidur.

“Kalau cakap nanti, kata nak burukkan anak muda Melayu. Apa yang perlu dibuat? Singkirkan yang negatif dan kita cari team baharu. Inilah cabaran buka restoran,” kongsi Wan Arief Ramli.

Tinjauan Suara Merdeka dibeberapa kedai makan termasuklah kafe dan juga restoren terkenal mendapati sememangnya isu kekurangan pekerja dalam sektor F&B benar-benar terjadi.

Baik restoran makanan segera seperti Mcd, KFC atau Texas Chicken sekali pun, yang menjaga kaunter kadang-kala cuma seorang, itu pun terpaksa berlari ke dapur untuk ambil makanan!

(Visited 691 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button