Ekonomi

Abdul Rahman dilantik Presiden, Ketua Eksekutif PNB mulai 1 Julai ini

Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), berkuat kuasa 1 Julai 2024.

YPB dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Abdul Rahman ketika ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Bhd, dan telah berkhidmat sejak 2020.

“Beliau membawa bersama pengalaman kepemimpinan lebih 20 tahun dalam pelbagai perkhidmatan kewangan dan sektor korporat, termasuk Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Media Prima Bhd dan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) .

“Beliau juga adalah bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Sime Darby Bhd dan Velesto Energy Bhd. Sebelum menjawat jawatan terkini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Abdul Rahman pernah berkhidmat sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari tahun 2016 hingga 2019, dan memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.

“Lembaga Pengarah PNB mengalu-alukan kepulangan Abdul Rahman dalam menyediakan kesinambungan dan memacu pelaksanaan Pelan Strategik PNB yang baru dibangunkan serta membantu melaksanakan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” demikian menurut kenyataan itu. – SM

(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button