EkonomiNasional

Putu Bambu World sedia gilap usahawan francais

SYARIKAT pembuat putu bambu terkenal MD Foodstuff Sdn. Bhd. (MD Putu Bambu World) menawarkan pembukaan francais kepada usahawan berminat.

Tawaran tersebut dibuat khas bagi membenarkan penerokaan perniagaan putu bambunya dijadikan peluang khususnya kepada usahawan tempatan.

Bagaimanapun, usahawan yang berminat haruslah menunjukkan komitmen dan disiplin bagi menjayakan perniagaan francais.

“Kita memberi peluang kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menjadi francaisi kita, tetapi perlu mematuhi sistem pengurusan ditetapkan.

“Sebagai permulaan, mesti kerja dengan kita terlebih dahulu dalam masa tiga hingga enam bulan untuk memahami selok-belok perniagaan.

BACA > Hafizh harap dapat bangun semula dari kekecewaan — Suara Merdeka

“Dalam tempoh tersebut, mereka akan dilatih mengenai pengurusan perniagaan, prosedur operasi standard (SOP) dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan perniagaan.

“Apabila mereka mula memahami cara perniagaan dan SOP Putu Bambu World baharulah dibenarkan buka francais atas jenama kita di tempat lain.”

MOHAMAD HASSAN

Kata Pengurus Operasinya, Mohamad Hassan ketika ditemubual pengacara dari Sinar Online dalam forum Sistem Francais dan Kelebihannya.

Forum tersebut adalah anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengenengahkan usahawan-usahawan francaisor dan francaisee berjaya menerusi programnya.

Menerusi forum tersebut, beliau juga menjelaskan untuk patuhi SOP dan laksana perniagaan mengikut pengurusan yang sistematik adalah syarat untuk buka francais dengannya.

Hal tersebut turut dijelaskan Ketua Jabatan Pembangunan dan Pemasaran Francais, PNS, Md. Nazid Mohd. Noor.

Beliau berkata, sebagai syarat untuk membuka francais, pemilik asal sesuatu perniagaan itu (francaisor) mesti mempunyai pengurusan bersistematik.

BACA > TH catat pendapatan pelaburan RM1.55b pada separuh pertama 2020

“Antara syarat untuk membuka perniagaan francais adalah, pengurusannya mesti bersistematik dan mempunyai rekod jualan dan kewangan.

“Itu juga menjadi salah satu syarat bagi usahawan yang ingin mendapatkan bantuan daripada PNS.

“Apabila sesebuah perniagaan yang ingin dikembangkan melalui francais, mereka mesti mempunyai SOP, manual pekerjaan dan sistem penngurusan perniagaan.

MD. NAZID MOHD. NOOR

“Syarikat perniagaan juga mesti didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekurang-kurangnya peringkat ‘Enterprise’.

“Mempunyai produk dan jenama yang juga didaftarkan hak ciptanya melalui MyIPO,” jelasnya.

Bagaimanapun, tambah beliau, pihak PNS juga menyediakan bantuan bimbingan kepada usahawan dalam mematuhi syarat-syarat berkenaan.

“Kita boleh bimbing usahawan termasuk menilai perniagaan mereka dan memberikan kursus khusus untuk menfrancaiskan perniagaan.

BACA > PBT digesa bantu, mudahkan usahawan tempatan — Suara Merdeka

“Usahawan boleh memohon melalui PNS, kita akan bantu termasuk memberikan khidmat nasihat serta penyertaan program Business In Transformation (BIT),” ujarnya. – SM

Tags
Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close