Nasional

Peruntukan RM1 juta khidmat guaman bantu Keluarga Malaysia tak mampu

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kerajaan memperuntukan RM1 juta bagi menubuhkan Yayasan Tan Sri Ahmad Ibrahim untuk membantu Keluarga Malaysia yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman.

Beliau berkata, yayasan yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) itu dinamakan sempena nama tokoh perundangan yang disegani selain menghargai jasa dan sumbangan tokoh berkenaan.

Ismail Sabri berkata, PARFUM sebelum ini berhasrat menubuhkan Klinik Bantuan Guaman sebagai platform bagi bekas mahasiswa untuk berbakti melalui tawaran perkhidmatan guaman secara percuma atau pro bono.

“Saya amat menyokong cadangan ini kerana ia senada dengan misi saya dan kerajaan untuk sentiasa membantu Keluarga Malaysia yang meme4rljhkan bantuan gumaman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada sambutan Jubli emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) hari ini.


Hadir sama Dekan Fakulti Undang-Undang UM, Prof Madya Datuk Dr. Johan Shamsuddin Sabaruddin, Presiden PARFUM, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ismail Sabri turut mengumumkan, peruntukan sebanyak RM500,000 sebagai dana permulaan untuk mewujudkan Tabung Kebajikan Keluarga Malaysia bagi membantu siswazah Fakulti Undang-Undang UM daripada kalangan keluarga B40.

Selain itu, kata Ismail Sabri, bagi pembangunan semula ASEAN Legal Information Portal menerusi penjenamaan semula ASEAN Law Guide, Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 disediakan bagi merealisasikan tujuan itu.

Pada majlis yang sama, Ismail Sabri juga berkata, sambutan istimewa 50 tahun fakulti itu merupakan alumni Fakulti Undang-Undang UM yang membanggakan di atas pencapaian fakulti tersebut.

Ini kerana ia menyaksikan ramai mahasiswanya mencipta nama dalam sistem demokrasi dan menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kejayaan alumni Fakulti Undang-Undang UM ini dapat dilijhat dalam badan kehakiman, sektor perundangan, pentadbiran negara, politik tanah air, badan korporat, pendidikan negara serta institusi antarabangsa.

“Tiga institusi penting yang menjadi tiang seri kepada sistem demokrasi negara dipimpin alumni fakulti ini iaitu Badan Eksekutif yang dipimpin oleh saya sendiri sebagai Perdana Menteri.

“Badan Kehakiman diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat manakala Badan Legislatif diketuai Tan Sri Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan masing-masing adalah produk fakulti ini,” katanya. – SM

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button